Banjir kilat Shah Alam 2006

Tiada sebab dinyatakan untuk tag wikikan pada rencana ini. Anda boleh memasukkan sebab dengan menggunakan parameter |reason=, seperti berikut: {{Wikikan|reason=Sebab anda di sini}}Banjir kilat berlaku di Shah Alam pada hari Ahad ,26 Februari 2006 berikutan Angin Badai .Fenomena alam ini tidak dapat dielakkan kerana hujan lebat luar biasa dan air pasang setinggi 4.8 meter di Pelabuhan Klang .Banjir terburuk dalam tempoh 10 tahun ini menyebabkan limpahan air sungai berdekatan dan benteng kolam air tadahan pecah.Menurut perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat, kira-kira 9,000 orang menjadi mangsa banjir di beberapa kawasan di Shah Alam yang melibatkan kira-kira 3,500 buah rumah. Antara kawasan yang terjejas teruk dalam banjir itu ialah Taman Tun Dr Ismail Jaya dan Kampung Kebun Bunga.Selain TTDI Jaya dan Kampung Kebun Bunga Batu Tiga, kawasan yang turut dilanda banjir ialah Kampung Landasan di Kampung Melayu Subang, kawasan sekitar pasar raya Giant di Seksyen 13, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di Bukit Jelutong dan kawasan sekitar pasar raya Makro.